Rabu, 26 Mei 2010

Menjernihkan Rohani Insani

Sama-samalah kita mengatur program harian/ bulanan melalui amalan-amalan berikut:

1.Berzikirlah pada waktu terluang, khususnya selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib.

2.Banyakkanlah membaca Al-Quran di sampaing terjemahannya dan hadis-hadis nabawi.

3.Bacalah buku-buku agama (aqidah, feqah, sejarah islam) termasuklah majalah dan risalah yang berunsurkan dakwah. Sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Dalam masa yang sama elakkanlah dari membaca buku-buku khayal, majalah hiburan dan akhbar yang kosong dari kebenaran.

4. Selalulah mengunjungi masjid, tempat pengajian agama, majlis dakwah dan zikrullah. Elakkan daripada tempat-tempat maksiat, majlis-majlis social liar dan keluar rumah tanpa tujuan.
ziarilah orang-orang soleh, sebab dengan melihat mereka dapat memberikan kekuatan.

5. ingat mati kerana selalu mengingati mati akan melembutkan hati.

6.jagalah kesihatan. Janganlah terlalu banyak memakan 3 perkara yang dihalalkan iaitu tepung, gula dan garam kerana boleh memudaratkan badan dan otak.

7.Kunjungilah kawasan-kawasan yang bersih atau kawasan-kawasan yang mempunyai banyak oksigen bagi membersih dan memperbaharui sel-sel otak.

8. Jangan hidup dalam keadaan bersedih yang berpanjangan kerana mereka yang sentiasa bersedih ataupun sentiasa ketawa tidak layak untuk menjadi seorang pendakwah yang berjaya.

9. JIka dikhianati jangan sekali-kali menyalahkan takdir Allah. Sentiasalah tenang dan penuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah jika inginkan apa yang dikerjakan beroleh keredhaan Allah. Jangan hiraukan sebarang tohmahan dan jangan sesekali takut dan undur. Sesungguhnya kepenatan dalam perjuangan adalah perkara biasa dan ianya akan berakhir setelah tibanya waktu untuk berehat. Manakala takut dan menyerah tidak akan berakhir dengan berehat.

10. Elakkan dari melihat dan menonton sesuatu gambar atau filem yang tidak berfaedah. Sekali kita relakan mata dan telingan memandang dan mendengar perkara yang dikutuk Allah, maka selama itu kita relakan nafsu merajai hati kita untuk lalai dan tidak takut pada penglihatan dan pengawasan Allah. Kalau kita rasa melihat maksiat dengan tidak melihat adalah sama sahaja pada kita itu tandanya kita sudah rosak dan jauh daripada Allah.

Itulah antara langkah-langakah yang perlu dilakukan untuk menjernihkan kembali rohani kita. Perlu diingatkan, langkah-langkah ini mestilah diperjuangkan sunguh-sungguh dan berterusan. Jangan mudah jemu dan terpengaruh dengan pujukan nafsu liar kita. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Di hari itu (hari kita meninggal dunia) tidak berguna lagi harta dan anak, kecuali mereka yang mengadap Allah dengan membawa hati yang selamat.”
(Al-Syuara’ : 88-89)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAYATILAH...