Isnin, 15 Mac 2010

Kawan di akhir zaman....

Kawan di akhir zaman ini,
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyayian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....

Khamis, 11 Mac 2010

Malam Kemuncak Penutupan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej Tun Hussein Onn

salam ukhuwah,salam perjuangan.

pada 6 mac 2010,Biro Kerohanian Dan Sosial (BIKERS KTHO) dengan kerjasama Kelab Seni Warisan Islam (SEWARIS) dan Biro Kebajikan Dan Penyelidikan (BKP) telah mengadakan malam kemuncak penutupan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej. majlis ini diadakan di Dewan Sri Merbau KTHO dan dihadiri oelh felo penasihat BIKERS, Cik Hazlini dan pembantu felo kolej, En. Lim Kar Sing.hadirin yang hadir adalah terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa KTHO,salah seorang dari mereka adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI UTM),saudara Khairul.pada malam itu juga diadakan majlis anugerah kepada peserta dan pemenang pertandingan liga futsal BIKERS dan pertandingan melukis sepanduk sempena sambutan maulidur rasul.segalanya berjalan dengan amat lancar sekali.ini merupakan 1st program dari saya selaku presiden BIKERS dan ucapan tahniah kepada pengarah program,saudara Ariff dan ajk2 pelaksana program ini atas kelancaran program kali ini.program ini adalah suatu anjakan atau pemangkin kpd program2 akan datang,insya Allah.Salam Maulidur Rasul kepada semua.


saya bersama En.Lim Kar Sing dan pengarah program,saudara Arif




kumpulan Intuisi membuat persembahan

Isnin, 1 Mac 2010

Pertandingan Melukis Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej




salam ukhuwah dan salam perjuangan.

sambutan maulidur rasul adalah suatu perayaan bersempena dengan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,justeru itu Biro Kerohanian Dan Sosial Kolej Tun Hussein Onn dengan kerjasama Biro Kebajikan Dan Penyelidikan KTHO dan Kelab Seni Warisan Islam (SEWARIS) mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan pertandingan melukis sepanduk sempena sambutan maulidur rasul peringkat kolej.diadakan pada hari ahad,28 Februari 2010 bersamaan 15 Rabiul Awwal 1431H dari jam 8 pagi hingga 4 petang.terdapat 11 kumpulan yang mengambil bahagian,terdiri daripada wakil blok,biro,kelab dan wakil persendirian.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar,walaupun pada permulaannya terdapat sedikit masalah,tetapi ingatlah, KITA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG,TETAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH LEBIH BAIK.

HAYATILAH...