Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah.
Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang
berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.
Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin
lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: "Sayang, abang baru
membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan
dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari
pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal
tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya
setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka
sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal
yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan
senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia
mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya,
ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ... "Maaf, apakah abang
harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si
suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat
kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran
sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas
kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah
akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada
satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta
serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia
kemudian tertunduk dan menangis ...
nice. thanks for sharing it ^_^
BalasPadamsme2 :)
BalasPadam