Isnin, 31 Mei 2010

[CINTA AL-AQSA] Doa Qunut Nazilah








Pesanan : Doa Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

[CINTA AL-AQSA] Kekejaman Rejim Yahudi Tiada Kesudahannya






[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

[121] Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Salam Jihad,Salam Perjuangan

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan serangan rejim Yahudi keatas kapal-kapal yang akan menghantar bantuan ke Gaza. Terdapat juga sebahagian rakyat Malaysia yang 'sedar' ada terlibat sama dalam konvoi kemanusiaan ke sana. Disini diselitkan sekali info khas yang diambil dari Palestinkini.info untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Mungkin dengan info ini,sedikit sebanyak akan memberi kita suatu kesedaran terhadap sifat keprihatinan kita pada saudara-saudara kita di Palestin,walaupun pada realiti sebenar,mereka bukan dari kelompok keluarga kita,kawan rapat kita yang selalu kita lepak-lepak bersama,hatta sahabat sekelas kita semasa kita belajar,akan tetapi pada hakikat sebenar,mereka semua adalah saudara se-ISLAM kita didunia sampailah ke negeri Akhirat kelak. Kalau bukan bantuan kita,siapa lagi yang mereka perlukan. Justeru itu,bangkitlah rakyat Malaysia! Ini adalah Isu persaudaraan Islam,isu kemanusiaan sejagat.

P/S: Kalau ada sahabat-sahabat yang nak pegi berdemonstrasi mengenai isu-isu agama,tidak kira isu palestin atau isu judi bola atau pape pun,kongsi-kongsilah dengan diri ini yang kesepian =]


GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Sabtu, 29 Mei 2010

Hanya Sebutir Kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke
mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, dia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.

Menyangka kurma itu bahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan
memakannya.Setelah itu dia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih
sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Dia
shalat dan berdoa khusuk sekali.Tiba tiba dia mendengar percakapan dua
Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu dia
memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat
mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, dia terhenyak, jadi selama 4 bulan
ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak
diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Dia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang
tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya. Begitu sampai di Mekkah dia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi dia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang
anak muda.

"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua.Kemana dia sekarang ?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang
lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak
muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya
meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg
dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli
waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik
ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan
saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas
nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? Biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar
berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir
kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan kemudian,
Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba dia
mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir
kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat
penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim
kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena
masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita,sudah
halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."

" sampaikan daripada daku walaupun sepotong ayat.."Semoga bermanfaat.

Khamis, 27 Mei 2010

[CINTA AGUNG-2] Hanya Sehelai Kertas

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah.
Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang
berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.
Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin
lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: "Sayang, abang baru
membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan
dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari
pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal
tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya
setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka
sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal
yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan
senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia
mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya,
ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ... "Maaf, apakah abang
harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si
suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat
kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran
sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas
kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah
akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada
satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta
serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia
kemudian tertunduk dan menangis ...

Rabu, 26 Mei 2010

[CINTA AGUNG-1] Jodohnya Di Syurga!

Bersumber dari Raja' bin Umar An-Nakha'i, dia pernah
bercerita: "Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan
rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah
seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum
An-Nakha' dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.

Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila
oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa
sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang
untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah
dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban
cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang
hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan
hatinya: "Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya,
betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap
untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke
rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu
datang ke rumahku."

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata
kepada utusan wanita pujaan hatinya, "Kedua tawaran itu tidak ada
satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang
besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan
neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam."

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang
disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, "Selamanya aku
belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada
Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak
mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan
orang adalah munafik."

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan
duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan
dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak
itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus
oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan
kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga
akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah
ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat
kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun
bertanya, "Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah
berpisah denganku?"

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya
kepadanya, "Di mana engkau berada?"
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, "Di sana aku mohon
agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat
melupakanmu!"

"Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku
telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan
hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!"
jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, "Bila aku dapat melihatmu
kembali?"

"Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari," jawab
kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia
meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya
kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Broga Hill D'Hati

.:salam:.

15-16 Mei 2010 bersamaan 2-3 Jamadil Akhir 1431H

Ini sekadar perkongsian gambar-gambar kenangan masa aku dan sahabat-sahabat ISIS mendaki bukit Broga di Semenyih. Aku dan Amirul sempat bermalam di rumah Abdul Karim,sahabat aku dalam BIKERS yang tinggal di Puchong sementara menunggu awal Subuh keesokkan harinya untuk bertolak naik bukit Broga.










.:Aku bersama Abdul Karim:.


.:Muslimat ISIS:.

.:Muslimin ISIS:.


.:Kenangan ISIS di Broga Hill:.

Maut!

Jiwa meregang...
Tubuh pun bergetar hebat, berbaur jeritan ketakutan
atau linangan air mata bahagia karena ingin bertemu
Rabb-nya.
Ditarik, dan dicerabut dari setiap urat nadi, syaraf,
dan akar rambut. Ini sebuah titah, ia harus kembali
kepada pemilik-Nya.
Allahu Akbar, janji-Mu telah tiba.

Yaa Robbi..., alangkah sakit dan pedih.
Perih laksana tiga ratus tusukan pedang, atau ringan
bagaikan sebuah pengait saat dimasukkan dan ditarik
dari gumpalan bulu yang basah. Duhai jiwa, seandainya
engkau tahu bahwa sakaratul maut itu lebih ngeri dan
dahsyat dari semua sketsa yang ada.

Sayup terdengar lantunan ayat suci Al Qur'an, dan
sesegukan air mata yang tumpah. Lalu, hening berbalut
sepi.
Semakin hening, bening..., menggantikan hingar bingar
dunia di kala pagi yang penat dan siang yang
meranggas. Diam pun menyisakan kepiluan, kesedihan
atau berjuta kenangan. Dia telah pergi, dan tak akan
pernah kembali.

Yaa Allah..., inikah kepastian yang telah Engkau
tetapkan?

Di mana tumpukan harta yang telah terkumpul sekian
lama? Pelayan yang setia, rumah mewah, kendaraan,
kebun rindang dan subur, pakaian yang indah, dan
orang-orang tercinta, dimanakah kini kamu berada?
Semua telah direnggut kematian, dicampakkan, dan
dihempaskannya kenikmatan dunia yang dahulu terlalu
dielu-elukan. Adakah segala amanah dapat menuai
pahala, duhai Allah.

Kegelapan pun menyeruak, hitam pekat laksana jelaga,
sungguh mengerikan sebagian jiwa yang akan berteman
dengan amalan jahat hingga tibanya hari kiamat.
Mencekam, berbaur jeritan keras memekakkan telinga,
"Jangan Kau datangkan kiamat yaa Allah, sungguh aku
disini sudah sangat tersiksa!!!" saat diperlihatkan
tempatnya di neraka.

Bagi sebagian lainnya, alam kubur justru membuat
bahagia. Berteman amal sholeh yang diibaratkan sebagai
manusia dengan paras sangat menyenangkan. Lalu ia pun
menjerit, menangis bahagia saat ditunjukkan tempatnya
di surga, "Datangkan hari kiamat sekarang yaa Allah,
aku ingin segera ke sana!!!"

Kematian...
Erat menyiratkan takut dan pilu serta lantunan
senandung duka. Menciptakan nada-nada pedih dan gamang
yang kadang menghujam iman, hingga hati pun bertanya,
mengapa selalu ada perpisahan? Rasa itu menghantam dan
menikam pada keluarga yang ditinggalkan.

Namun kematian adalah suatu keniscayaan, karena ia
telah dijanjikan. Kematian pun hakikatnya adalah
sahabat akrab bagi setiap yang bernyawa. Sayang,
kesadaran itu begitu menghentak saat orang-orang yang
kita cintalah yang direnggutnya. Ketika itu auranya
begitu dekat, serasa setiap helaan nafas beraroma
kematian.

Duhai jiwa...
Sadarkah engkau bahwa kelak kuburan adalah tempat
peristirahatan? Sudahkah engkau siapkan malam pertama
di sana, seperti kau sibukkan diri menjelang malam
pertama pernikahan? Tidakkah engkau tahu bahwa ia
adalah malam yang sangat mengerikan, malam yang
membuat orang-orang sholeh menangis saat
memikirkannya.

Kau gerakkan lidah ini untuk membaca Al Qur'an, tetapi
tingkah lakumu tak pernah kau selaraskan. Kau kenal
setan, tapi mereka kau jadikan teman. Kau ucapkan
bahwa RasuluLlah SallaLlaahu Alayhi Wasallam adalah
kecintaan, namun sunnah-Nya kau tinggalkan. Kau
katakan ingin masuk surga, tapi tak pernah berhenti
berbuat dosa. Tak henti-hentinya kau sibukkan dirimu
dengan kesalahan saudaramu sendiri, padahal engkau pun
bukan manusia suci. Saat kau kebumikan sahabat-sahabat
yang telah mendahului, mengapa kau mengira dirimu tak
akan pernah mati?

AstaghfiruLlah al 'adzim...

Duhai Allah...
Engkau yang Maha Mendengar
Dengarkan munajat ini yaa Robbi, berilah kesempatan
untuk kami selalu memperbaiki diri
Jadikan diri ini bersih, hingga saat menghadap-Mu
nanti

Allaahumma hawwin 'alainaa fii sakaraatil maut
Allaahumma hawwin 'alainaa fii sakaraatil maut
Allaahumma hawwin 'alainaa fii sakaraatil maut

Ringankan kematian kami yaa Allah, mudahkanlah duhai
Pemilik Jiwa
Jadikan hati ini ikhlas saat malaikat maut menyapa
Hingga kematian menjadi sangat indah, kematian yang
husnul khaatimah

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.." (hadith)


Rahsia Solat?Ketahuilah!

1) Niat Sembahyang -:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -:
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -:
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -:
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal -:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur

7) Sujud -:
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-:
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

10) Tahiyat Akhir -:
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh
munkar&nakir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam -:
Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -:
Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah s. a. w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku , biarpun hanya satu ayat..."


Menjernihkan Rohani Insani

Sama-samalah kita mengatur program harian/ bulanan melalui amalan-amalan berikut:

1.Berzikirlah pada waktu terluang, khususnya selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib.

2.Banyakkanlah membaca Al-Quran di sampaing terjemahannya dan hadis-hadis nabawi.

3.Bacalah buku-buku agama (aqidah, feqah, sejarah islam) termasuklah majalah dan risalah yang berunsurkan dakwah. Sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Dalam masa yang sama elakkanlah dari membaca buku-buku khayal, majalah hiburan dan akhbar yang kosong dari kebenaran.

4. Selalulah mengunjungi masjid, tempat pengajian agama, majlis dakwah dan zikrullah. Elakkan daripada tempat-tempat maksiat, majlis-majlis social liar dan keluar rumah tanpa tujuan.
ziarilah orang-orang soleh, sebab dengan melihat mereka dapat memberikan kekuatan.

5. ingat mati kerana selalu mengingati mati akan melembutkan hati.

6.jagalah kesihatan. Janganlah terlalu banyak memakan 3 perkara yang dihalalkan iaitu tepung, gula dan garam kerana boleh memudaratkan badan dan otak.

7.Kunjungilah kawasan-kawasan yang bersih atau kawasan-kawasan yang mempunyai banyak oksigen bagi membersih dan memperbaharui sel-sel otak.

8. Jangan hidup dalam keadaan bersedih yang berpanjangan kerana mereka yang sentiasa bersedih ataupun sentiasa ketawa tidak layak untuk menjadi seorang pendakwah yang berjaya.

9. JIka dikhianati jangan sekali-kali menyalahkan takdir Allah. Sentiasalah tenang dan penuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah jika inginkan apa yang dikerjakan beroleh keredhaan Allah. Jangan hiraukan sebarang tohmahan dan jangan sesekali takut dan undur. Sesungguhnya kepenatan dalam perjuangan adalah perkara biasa dan ianya akan berakhir setelah tibanya waktu untuk berehat. Manakala takut dan menyerah tidak akan berakhir dengan berehat.

10. Elakkan dari melihat dan menonton sesuatu gambar atau filem yang tidak berfaedah. Sekali kita relakan mata dan telingan memandang dan mendengar perkara yang dikutuk Allah, maka selama itu kita relakan nafsu merajai hati kita untuk lalai dan tidak takut pada penglihatan dan pengawasan Allah. Kalau kita rasa melihat maksiat dengan tidak melihat adalah sama sahaja pada kita itu tandanya kita sudah rosak dan jauh daripada Allah.

Itulah antara langkah-langakah yang perlu dilakukan untuk menjernihkan kembali rohani kita. Perlu diingatkan, langkah-langkah ini mestilah diperjuangkan sunguh-sungguh dan berterusan. Jangan mudah jemu dan terpengaruh dengan pujukan nafsu liar kita. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Di hari itu (hari kita meninggal dunia) tidak berguna lagi harta dan anak, kecuali mereka yang mengadap Allah dengan membawa hati yang selamat.”
(Al-Syuara’ : 88-89)

Khamis, 6 Mei 2010

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan olehsi
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

HAYATILAH...