~Dalam Usaha Mendepani Konflik Isu Semasa Dari Perspektif Mahasiswa Mewakili Suara Ummah~ "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.
Rabu, 27 Januari 2010
1Malaysia
Ramai Faham 1Malaysia Dari Faham Islam. Amat Malang Nasib Umat Islam
Setelah sebelum ini rakyat di”paksa” untuk menerima ajaran Islam Hadhari kini satu lagi ajaran baru iaitu 1Malaysia pula dipropagandakan agar rakyat menerimanya. Kali ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim menjadi mata tombak untuk memastikan rakyat memahami, menerima dan seterusnya menyokong konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Najib apabila beliau mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun Lah. Dari penjelasan Rais Yatim di atas nampaknya beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat dari setiap lapisan di semua peringkat samada di daerah, kampung mahupun estet agar dapat memahami dan menerima konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Najib itu. Beliau dilaporkan akan menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan usaha ini berjaya.
Jika inilah yang dilakukan oleh Rais, umat Islam khususnya akan lebih memahami 1Malaysia dari memahami Islam. Ini adalah kerana untuk memahami Islam, sumbernya adalah al-Quran dan as-Sunnah bukannya Perlembagaan Persekutuan mahupun Rukun Negara atau apa-apa sahaja yang dinyatakan oleh Rais sebagai sebahagian dari bahan pengisian program-program yang akan digunakan untuk mempromosi 1Malaysia. Bila Al-Quran dan Sunnah sudah diketepi, kesesatanlah yang akan menyelubungi.
Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya”. [TMQ An Nahl (16) : 36].
sumber:mykhilafah.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan