Isnin, 21 Jun 2010

Solat Jumaat Untuk Wanita-Realiti Ummah Zaman Kini






Salam Perjuangan Sekalian,

Suatu isu mutakhir yang hangat diperkatakan sejak belakangan ini. Apabila seorang ulama' yang cukup dikenali ramai, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga merupakan Menteri Besar Kelantan menimbulkan isu "Saranan Solat Jumaat Untuk Wanita" kepada masyarakat umum. Banyak juga pro dan kontranya mengenai isu ini. Jelas menunjukkan masyarakat Malaysia, khususnya umat islam mempunyai sedikit kesedaran dan tidaklah hanyut dalam kegelapan dunia sekarang ini.

Apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru merupakan suatu kenyataan yang cukup bernas, kerana kaum wanita sunat untuk melakukan solat jumaat sekiranya terdapat di mana-mana ruang masjid itu khas untuk ruangan solat wanita. Amalan solat jumaat bagi kaum wanita juga telah dipraktikkan dan dilakukan di masjid-masjid di Tanah Suci dan juga Arab Saudi. Jadi, mengapa tidak di Malaysia?

Dari Sudut Hukum Solat Jumaat Secara Keseluruhannya.

Kewajipan menunaikan solat jumaat adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]”

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini[dimaksudkan no 5] disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

Hukum Solat Jumaat Bagi Wanita

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib

artikel asal dari http://ultimateseekers.blogspot.com/2009/09/hukum-solat-jumaat-bagi-wanita.html

Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

BACHOK, 19 Jun — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan wanita turut mengerjakan solat Jumaat sebagaimana lelaki menunaikannya di masjid dengan mempunyai ruang khas bagi mengerjakan ibadah itu.

Beliau berkata walaupun amalan itu merupakan sunat bagi wanita tetapi ia digalakkan dalam Islam kerana di Tanah Suci Mekah sendiri wanita boleh melakukannya.

“Saya nampak benda ini sepatutnya sudah lama diamalkan, tetapi kerana kita tidak mempunyai tempat yang cukup kerana melibatkan percampuran antara jemaah lelaki dan wanita,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di rumahnya di Pulau Melaka, di sini petang ini.

Nik Aziz menyarankan imam masjid di Kelantan agar mencontohi amalan di Arab Saudi yang mengamalkan solat Jumaat di kalangan muslimat.

Ditanya sama ada ia akan menimbulkan suatu kejutan kerana baru diperkenalkan di negeri ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, ia tidak menjadi masalah selagi tidak bercanggah dengan Islam.

“Memanglah sesuatu yang terpendam, setelah baru didedahkan akan menimbulkan kejutan... tetapi ia tidak akan menjadi masalah selagi ia tidak bercanggah dengan agama.

“Biasalah... malah sejak PAS baru lahir dulupun menimbulkan kejutan di kalangan masyarakat macam mana politik dengan agama boleh dicampur-adukkan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini kebanyakan wanita sanggup menunggu suami dalam kereta mengerjakan solat Jumaat kerana tiada ruang khas untuk mereka mengerjakan solat bersama disebabkan kebanyakan ruang di masjid digunakan oleh kaum lelaki.

“Tetapi jika ada ruang yang cukup untuk wanita atau muslihat, ia tidak menjadi masalah. Kalau hari-hari biasa wanita boleh mengerjakan solat berjemaah berimamkan kaum lelaki, tidak ada sebab wanita juga boleh mengerjakan solat Jumaat di masjid,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masjid yang bakal dibina di sini akan dijadikan masjid contoh untuk memperkenalkan wanita mengerjakan solat Jumaat di negeri ini.

Sumber asal dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-saran-wanita-turut-solat-jumaat/

5 ulasan:

  1. Salam ikmal..akak penah s0lat jumaat..tp mase tu di masjid..tempat wanita..tapi sebelum bace post terbaru ikmal ni akk tunaikan solat jumaat dahulu kemudian buat solat zohor pulak..banyak pendapat sebenarnya kan..akk tertarik dgn ayat ni :


    Sabda Nabi SAW lagi;

    من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

    Maksudnya;
    “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”

    Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

    Keadaan ini[dimaksudkan no 5] disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

    insyaAllah selepas ini bolela tunaikan solat jumaat lagi :)

    BalasPadam
  2. owh,akak pnah solat ye,
    xpe kak,mgkn klu nak kpastian yg lebih lg,
    jmpe trus ngn ustaz2 atau ustazah2,

    sye pon prnah nmpak muslimat solat jmaat gak,
    mse 2 kat msjid uia gombak,
    mmg ramai,
    sbb ade ruang solat muslimat yg luas,
    tp kbnyakkannya foreigner, =)

    BalasPadam
  3. syiah dah saran benda ni lama dah. ;-)

    BalasPadam
  4. kat UIA ramai muslimat pi solat jumaat.. ;)

    BalasPadam
  5. Awak, niat solat jumaat bg perempuan macam mana?

    BalasPadam

HAYATILAH...