Khamis, 11 Mac 2010

Malam Kemuncak Penutupan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej Tun Hussein Onn

salam ukhuwah,salam perjuangan.

pada 6 mac 2010,Biro Kerohanian Dan Sosial (BIKERS KTHO) dengan kerjasama Kelab Seni Warisan Islam (SEWARIS) dan Biro Kebajikan Dan Penyelidikan (BKP) telah mengadakan malam kemuncak penutupan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej. majlis ini diadakan di Dewan Sri Merbau KTHO dan dihadiri oelh felo penasihat BIKERS, Cik Hazlini dan pembantu felo kolej, En. Lim Kar Sing.hadirin yang hadir adalah terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa KTHO,salah seorang dari mereka adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI UTM),saudara Khairul.pada malam itu juga diadakan majlis anugerah kepada peserta dan pemenang pertandingan liga futsal BIKERS dan pertandingan melukis sepanduk sempena sambutan maulidur rasul.segalanya berjalan dengan amat lancar sekali.ini merupakan 1st program dari saya selaku presiden BIKERS dan ucapan tahniah kepada pengarah program,saudara Ariff dan ajk2 pelaksana program ini atas kelancaran program kali ini.program ini adalah suatu anjakan atau pemangkin kpd program2 akan datang,insya Allah.Salam Maulidur Rasul kepada semua.


saya bersama En.Lim Kar Sing dan pengarah program,saudara Arif




kumpulan Intuisi membuat persembahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAYATILAH...