Sabtu, 27 Februari 2010

10 Wasiat As-syahid Imam Hasan Al-Banna



1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar
azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di
situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber
taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan
menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga
di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah
berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak
bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber
hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.
Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu
berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini
ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan
dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu
sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala
petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa
agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi??????
Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika
kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur
lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!
Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena
pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap
agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh
Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga
Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan
hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya
tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius,
hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang
penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati
dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam
batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh
pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit
hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak
pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam
solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara
keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan
pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...
mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah
kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda
suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati??
Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah
jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu
bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun
mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk
semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam
perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang
berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang
berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang
lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup
berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak
segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa
saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret...
Tanpa haluan dan noktahnya..

Jumaat, 26 Februari 2010

Pertandingan Menulis Esei Sirah Nabawiyah


Salam perjuangan sahabat2 sekalian.

Bersempena dengan Sambutan Simposium Maulidur Rasul Peringkat Universti, Pusat Islam UTM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI UTM),Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK), Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI), Biro Kerohanian Dan Sosial Kolej Tun Hussein Onn (BIKERS KTHO) dan Kelab STAR Kolej Tun Razak akan mengadakan pertandingan menulis esei sirah nabawiyah. pertandingan ini adalah bertujuan untuk menerapkan kembali titian perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW dalam usaha dakwah Baginda sejak lahirnya hinggalah kewafatan Baginda. pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga UTM.syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

1:panjang esei adalah di antara 250-300 patah perkataan
2:mempunyai sekurang2nya 3 keistimewaan atau peristiwa
3:mudah difahami dan penceritaan yang menarik
4:bersumberkan dari sumber yang sahih
5:karya hendaklah pernceritaan sendiri da bertemakan "sirah kelahiran Baginda Rasulullah SAW"
6:tarikh akhir menghantar esei adalah pada 1 Mac 2010 sebelum jam 11 pagi melalui emel abdul_karim108@yahoo.com

~SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 013-6296782 (IKMAL)
~HADIAH DAN SIJIL AKAN DISEDIAKAN

anda semua adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini.sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain.KERANA TUHAN UNTUK KERJA AGAMA.

Cinta Itu Sangat Mahal

Jangan beri cinta pada sebarangan
Memberi cinta atau meletakkan cinta kepada sebarangan adalah sia-sia dan akan menyesal Kerana cinta itu mahal biarlah pulangannya sepadan dengan mahalnya
Kalau kita cinta kepada sesuatu kita pula yang memberi sesuatu kepadanya adalah orang yang bodoh macam baghal

Kita beri cinta pada perempuan terutama yang bukan isteri kita,
berbagai-bagai perkara dan benda dia minta kita berikan kepadanya
Bukan dia yang memberi sesuatu kepada kita bukankah kita dibodohinya?
Adakalanya setelah dia kikis harta dan kekayaan kita, dia pun tarik diri dari kita apakah untungnya?

Begitu juga kita berikan cinta kepada isteri kita,
berbagai-bagai perkara yang dia minta kita kena beri juga
Dia tidak fikir lagi apakah kita ada atau tidak ada
Sudahlah cinta kita beri kepadanya, kita diminta pula apa sahaja!
Sepatutnya dialah yang memberi kita apa sahaja
Kerana kita telah bayar dengan kecintaan kepadanya, cinta itu bukankah mahal?
Kita cinta harta, kita cari untuk kita milikinya
Siang malam kita tidak rehat dibuatnya kerana cintakan harta
Setelah dapat apa yang kita mahu
Banyaklah harta yang ada pada kita, hingga kita jadi orang kaya
Aduh! Sedihnya kita pula kena jaga harta Kalau tidak jaga orang curi pula atau dia binasa

Sepatutnya kecintaan telah kita beri kepadanya, dialah jaga kita, mengapa pula kita jaga dia Kita pula telah diperbodoh oleh harta
Kita diperhambanya hingga menyusahkan kita
Kita letak dia di tempat yang mulia dan terpelihara
Hartalah yang mulia bukan kita yang mulia, kita tidak dipedulikannya
Sekali lagi harta boleh memperbodoh kita

Mengapa manusia tidak pandai meletakkan cinta kepada Zat
Dialah yang akan menjaga kita
Dia akan urus kita, bertanggungjawab kepada kita, memelihara kita Siang malam
Dia akan jaga kita Di waktu susah disenangkan-Nya kita!
Ketika sakit disembuh-Nya kita!
Di kala kita miskin dikayakan-Nya kita! Di waktu kita lapar dikenyangkan-Nya kita!
Di waktu kita takut, dihiburkan-Nya kita!
Bahkan Dia memberi segala-galanya kepada kita selama mana kita masih hidup di dunia
Yang saya maksudkan ialah Tuhan kita yang menghidup dan mematikan kita
Bukankah baik kita cintakan Dia, kita beri kasih sayang kepada-Nya


Alangkah patutnya bahkan indahnya kita mencintai satu Zat yang belum kita kenal
Dia jauh sekali mencintai-Nya
Dia telah beri kita hidup, rezeki, kesihatan, hiburan dan lain-lainnya
kita belum beri kasih sayang kepada-Nya
Dia telah pemurah dengan kita, terutama udara
Tanpa kita bayar apa-apa kepada-Nya
Kalaulah kita kenal Dia dan cinta pula dengan-Nya
Dia akan beri kita sesuatu yang bersifat rohani dan maknawi pula Yang bersifat maknawi dan rohani itu lebih mahal daripada kehidupan yang lahir di dunia
Untungnya kekal abadi, kita terima di Akhirat sana di dalam Syurga

Apakah dia?
Iaitu rahmat-Nya Dia akan anugerah yang lebih besar lagi yang kita akan terima dari-Nya Hidayah-Nya taufiq-Nya, iman dan taqwa, cinta-Nya, redha-Nya, keampunan-Nya akhirnya adalah Syurga-Nya
Mengapa kita tidak jatuh hati dengan Zat yang kita tidak cinta pun pemurah-Nya sudah diberi-Nya kepada kita?
Kalau kita cintai Dia lebih besar lagi kita terima redha dan keampunan-Nya

Kita tidak payah jaga Dia,
Dialah yang jaga kita Kita tidak payah tadbir Dia,
Dialah yang mentadbir kita Kita tidak payah menjaga keselamatan-Nya,
Dialah yang menjaga keselamatan kita Bahkan di waktu kita tidur pun Dia jaga kita begitu setia Mengapa kita beri cinta murahan,
yang menyusahkan kita Kitalah yang memberinya bukan dia memberi kita
Macam-macam kita memberinya itu pun dia tidak setia Alangkah bodohnya kita bahkan malang sekalilah kita kerana ditipunya kita

Di mana akal kita hingga tidak mampu berfikir secara rasional
Marilah kita merubah sikap untuk menyelamatkan diri kita
Kita cintailah Tuhan,
yang Dia memberi kita segala-galanya hidup dan mati kita


Cintakan Tuhan selamat kita ke Syurga

Khamis, 25 Februari 2010

Malam Anugerah Kolej Tun Hussein Onn



Malam Anugerah Kolej Tun Hussein Onn atau lebih dikenali sebagai MEGA adalah salah satu program khas daripada Kolej Tun Hussein Onn,UTM Skudai dalam memberi penghargaan kepada mahasiswa-mahasiswa dari segi kecemerlangan akademik mahupun kepimpinan.Pada malam itu juga akan diperkenalkan kepada tetamu yang hadir,Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) bagi sesi 2009/2010 yang baru dilantik akhir tahun lepas.Tetamu yang dijemput adalah Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni, Prof.Dr.Tajudin Bin Ninggal,Pengetua Kolej Tun Hussein Onn,Dr Norhazilan Bin Md Noor,Felo-felo kolej,Alumni Kolej,JKM KTHO sesi baru dan lama,pelajar-pelajar cemerlang sesi 2009 serta pelajar-pelajar yang lain.Doakan perjalanan majlis MEGA ini berjalan lancar.Amin.

Selasa, 16 Februari 2010

Cinta Luar Biasa..

Cinta luar biasa..
Cinta seorang kekasih kpd umatnya
Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan
Insan yg sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumayyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah
Iman di dada tak sedikit pun goyah
Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa
Redha dan sabar menempuh segala ujian
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan
iman

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


Ya Tuhan kami.. Beri keampunan kpd kami dan
saudara2 kami yg tlh beriman lbh dahulu dr kami,
dan jgnlah Engkau membiarkan perasaan hasad
dlm hati kami terhadap org2 yg beriman.. Ya
Tuhan kami.. Sesungguhnya Engkau Maha
Penyantun lagi Maha Penyayang.. (al-Hasyr: 10)

HAYATILAH...